Ketika mula membuka gerai kecil menjual nasi lemak di Shah Alam, Encik Hazwan tidak pernah membayangkan bahawa perniagaan kecilnya akan berkembang sebegitu pesat. Dengan modal permulaan RM500 dan semangat berniaga yang tinggi, beliau memulakan hari-harinya seawal 4 pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Sokongan pelanggan sekitar membolehkan beliau menambah jualan harian dari semasa ke semasa. Kini, Encik Hazwan memiliki dua trak makanan dan menggaji beberapa pekerja tetap.
Namun, kejayaan perniagaan bukan sahaja diukur pada keuntungan. Suatu hari, ketika menyusun semula aliran tunai perniagaan, Encik Hazwan tertanya-tanya: “Adakah aku sudah wajib bayar zakat?” Beliau mula mencari info tentang cara kira zakat perniagaan secara online. Pencarian itu membawa beliau ke laman web tunaizakat.my. Platform pembayaran zakat melalui Lembaga Zakat Selangor yang menyediakan kalkulator zakat serta panduan lengkap yang memudahkannya memahami tanggungjawab ini dengan lebih jelas.
Dengan bantuan kalkulator tersebut, Encik Hazwan mendapati bahawa keuntungan perniagaannya telah melebihi had nisab. Maka, beliau pun mula menunaikan zakat perniagaan buat kali pertama, dan menjadikan ia satu amalan tahunan yang tidak pernah dilepaskan. Lebih mudah apabila bayaran boleh dibuat secara online – menjimatkan masa dan tidak mengganggu rutin harian sebagai usahawan.
Sejak itu, rezeki Encik Hazwan semakin terbuka luas. Pelanggan bertambah, beliau ditawarkan kontrak bekalan makanan di beberapa pejabat kerajaan, malah permintaan katering untuk majlis juga meningkat. Beliau percaya bahawa ini semua hasil keberkatan daripada zakat yang ditunaikan. “Zakat bukan mengurangkan, malah membersihkan dan meluaskan rezeki,” ujar beliau ketika ditemu bual oleh pihak Tunai Zakat.
Apa yang lebih menyentuh hati, Encik Hazwan mula menyedari bahawa sumbangan zakatnya bukan sekadar memenuhi tuntutan agama. Ia menjadi sebab ramai asnaf dapat meneruskan kehidupan – ada yang mendapat bantuan perniagaan, pendidikan, malah rawatan perubatan. “Saya berniaga bukan untuk diri sendiri sahaja. Ini cara saya kembali menyumbang kepada masyarakat,” katanya lagi.
Jika anda seorang usahawan, mulakan langkah dengan memahami cara kira zakat perniagaan anda. Semak sama ada anda sudah sampai tahap wajib zakat, dan tunaikannya secara mudah melalui platform tunaizakat.my. Diurus oleh Maahad Tahfiz Al-Fateh selaku Penolong Amil Lembaga Zakat Selangor. Kunjungi tunaizakat.my hari ini. Semoga perniagaan anda juga diberkati seperti kisah Encik Hazwan.
*Kisah ini merupakan inspirasi dari kisah benar.