Utama - Tunai Zakat

Zakat Perak

Zakat Perak

Kongsi:

Nilai Nisab Zakat Perak

Bil Tahun Harga/gram
1.
2026
RM 12.72

Kalkulator Kira Zakat Perak

Perak webV3
  • Kira Zakat
  • Maklumat Penzakat
  • Akad

Penerangan

Zakat Perak

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Nisab zakat perak adalah (595 gram). 

Dalil Wajib Zakat

Dalil Al-Quran:

وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ۝٣٤

Maksudnya:

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

 

Kiraan Zakat Perak

Bagi logam perak, sama ada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

Contoh:
600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75

Soalan Lazim

bayar kalkulator zakat logam perak selangor online login bayaran pembayaran emas

Kira & Bayar Zakat

kadar kiraan zakat selangor calculator online bayar bayaran fidyah fitrah login

Terdapat pertanyaan,
anda boleh hubungi kami

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dan penerangan lanjut
Tatal ke Atas