Utama - Tunai Zakat

Bayar Zakat Pendapatan Anda Online di Sini

Pembayaran Zakat Pendapatan

Kongsi:

Nisab Zakat Pendapatan

Tahun Bulan Harga (RM)
2025
Julai – Disember
35,449.00
2025
Januari – Jun
29,961.00
Tahun Bulan Harga (RM)
2025
Januari – Jun
29,961.00
2024
Julai-Disember
27,696.00
2024
Januari – Jun
24,007.00
2023
Julai – Disember
23,035.00
2023
Januari – Jun
20,978.00

Kalkulator Kira Zakat Pendapatan

Niat Zakat Pendapatan

“Inilah wang sebanyak RM............. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas
diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun............. kerana Allah Ta’ala.”

Pendapatan 1 webV3
Gaji, Elaun, Bonus, Ganjaran, Gratuiti dan Keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)
Keuntungan projek, Perniagaan bermusim, Komisyen takaful/unit trust, Khidmat konsultansi, Royalti buku/aktiviti seni, Pembiayaan semula aset dsb.
Hasil sewaan rumah, sewaan aset, sewaan kenderaan, Hasil pertanian (getah, kelapa sawit),Hasil yang dikeluarkan binatang spt susu, telur, madu dsb
Hibah, Hadiah, Saguhati, Pencen Pasangan, Sedekah, Pampasan, Harta Pusaka, Mahar Kahwin dsb.

Penerangan

Zakat Pendapatan

Seorang Muslim, apabila cukup syarat wajib baginya, perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas segala perolehan wang atau gaji untuk tahun itu. Malahan, kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan).

Tentunya terdapat banyak kelebihan diwajibkan membayar zakat. Ia mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pihak individu serta masyarakat dan ummah. Antara kelebihan zakat termasuk:-

  • Membantu pembangunan ummah dan masyarakat kerana zakat yang dikutip akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan termasuk fakir miskin, anak yatim dan juga para pelajar kurang berkemampuan
  • Menyatukan ummah dalam hal ekonomi, di mana sama-sama dapat berbincang cara terbaik untuk sama-sama maju dalam pengumpulan harta
  • Mewujudkan hubungan sesama insan di antara pemberi dan penerima zakat – walaupun pembayar zakat mungkin tidak bertemu para penerima zakat, namun dapat melihat pembangunan dan bantuan yang diberikan hasil daripada kutipan zakat
  • Mengelakkan perasaan iri hati sesama insan dan malahan mungkin juga dapat memberi inspirasi kepada golongan penerima zakat untuk memajukan diri sendiri agar dapat menyumbang kepada ummah suatu hari nanti melalui zakat ke atas kekayaan sendiri
  • Menanamkan sifat bertanggungjawab dalam diri individu, terutamanya ketua keluarga
  • Menyucikan harta yang mungkin was-was bagi pembayar zakat
  • Salah satu peluang untuk meningkatkan ibadah adalah dengan membayar zakat ke atas kurniaan daripada Allah SWT
  • dan banyak lagi

Fatwa Zakat Pendapatan

Sebenarnya, terdapat dua jenis zakat pendapatan, di mana seseorang individu perlu membayar salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali jika cukup syarat nisab zakat.

Jenis yang pertama adalah zakat gaji. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan ‘Zakat Gaji Beserta Kadarnya‘. Hasil perbincangan, muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat pendapatan dan gaji adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan nisab zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.

Jenis yang kedua pula adalah zakat pendapatan professional, iaitu bagi individu tanpa pekerjaan kerja tetap (freelance) jadi tidak memperoleh pendapatan bulanan. Jenis individu ini contohnya seperti perunding bebas, penulis buku, pengacara majlis, pelakon, dan sebagainya.

Bagi pendapatan professional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan “Zakat Gaji & Zakat Pendapatan Professional“. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.
  2. Diwajibkan zakat ke atas pendapatan tahunan seseorang profesional kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan.

Soalan Lazim

kalkulator zakat pendapatan selangor online cara kira bulanan tahunan wajib calculator

Kira & Bayar Zakat

kadar kiraan zakat selangor calculator online bayar bayaran fidyah fitrah login

Terdapat pertanyaan,
anda boleh hubungi kami

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan dan penerangan lanjut
mobil chat sitesi Maltepe oto çekici Ucuz Uçak Bileti deneme bonusu veren siteler deneme bonusu veren siteler
Tatal ke Atas